SELAMAT DATANG!!! ANDA KINI BERADA DI ZON BEBAS MEMBACA "KISAHKU ORANG BIASA" HOPE ALL OF YOU ENJOY WASTE YOUR TIME HERE~~TQ ^^"

Saturday, August 20, 2011

MATI??? 100 HARI TANDA KEMATIAN

Assalamualaikum w.b.t

 

Innalillahi wa innalillahi rojiun
kpd ALLAH kita datang dan kpd-NYA juga kita kembali
now kita dah berada di 10 malam terakhir Ramadhan
  & juga merupakan antara Malam Lailatulqadar
harap kita dapat menjumpai malam tersebut,amin,..
back to the title,nape aku pilih tajuk nie???
aku rasa nak sharing info yg aku dapat dari drama & internet yg aku tengok tadi
sharing is caring kan ^^"
tgk drama 100 hari tadi 
sedey & menginsafkan lar
sebab kita tak tau bila ajal kita sampai kan
hope kita semua dipanjangkan umur oleh ALLAH s.w.t
amin,...
so takmo membebel berjela2,nie 100 hari tanda kematian
cekidout ^^"

100 hari ~ tanda pertama dari ALLAH kpd hambaNYA & hanya akan disedari oleh mereka yg dikehendakiNYA. Lazimnya berlaku selepas waktu asar iaitu seluruh tubuh dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Bagi mereka yg sedar & terdetik di dlm hati bahawa ini adalah tanda kematian,getaran itu akan hilang, tapi sebaliknya bagi mereka yg tdk sedar tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa manfaat.

40 hari ~ tanda ini berlaku juga pada waktu asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan- akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
7 hari ~ tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.

3 hari ~ Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri, ketika ini juga mata hitam kita tidak bersinar lagi & yang sakit hidungnya akan perlahan2 jatuh & telinganya akan layu & telapak kakiny yg terjulur akan perlahan2 masuk ke depan & sukar ditegakkan
1 hari ~ akan berlaku sesudah waktu asar , dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang kawasan ubun2 iaitu menandkan kita tidak sempat menemui asar keesokkan harinya

tanda akhir ~ akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
 aku sendiri pon takut nak menghadapi hari kematian nie
amalan & pahala pon mcm tak cukup jek lagi nie,huhu
korang cam mane agak2nye???dah sedia ke???
apa2 pon MATI ITU PASTI
& merupakan perkara paling DEKAT dgn manusia
renung2kan & selamat menambahkan amalan ^^"

p/s : nak baca versi lengkap sila klik sini ,aku pon dapat dari sini
tq scribd :)
sedikit panjang yek disitu entry aku utk kali nie ^^"


 

2 comments:

adeq-yOe said...

menginsafkan...
btw,,tq utk peringatan ini :)

kisahku orang biasa said...

tq view mybelog yek adeq-yoe
sama2 igat yek ^^"